Thursday 8 December 2011

Fantasi Cinta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...alhamdulillah,setinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat Islam kerana masih diberikan nyawa dan nafas untuk meneruskan kehidupan hamba dan khalifah di bumi Allah...alhamdulillah...

Tajuk yang ana bawakan kali ini,Fantasi Cinta.Mungkin ada yang pernah dengar lagu Fantasi Cinta nyanyian Khafi sebelum ini.Lagu yang agak best bagi ana suatu ketika dahulu tetapi hari ini ana tidak ingin bincangkan mengenai lagu tersebut tetapi fantasi cinta remaja pada hari ini.

BERCINTA TANPA ARAH TUJUAN


Cuba kita lihat hari ini.Pasangan kekasih saling berjanji antara satu sama lain tetapi arah tuju cinta mereka itu tidak membawa mereka sampai ke satu ikatan yang sah.Mereka sering mengatakan cinta mereka sejati tetapi tidak pernah berfikir untuk bersama selamanya....Lihat contoh di bawah:



Perempuan:Betul you sayang I??
Lelaki:Of course my dear!! Lautan api pun I sanggup renangi demi cinta I...
Perempuan:Boleh bagi I istana dari kayangan??
Lelaki:Jangan kata kayangan,syurga pun I bagi
Perempuan:Nak kahwin dengan I??
Lelaki:Ko gila ek??

Dialog di atas ini merupakan realiti sebenar remaja pada hari ini.Majoriti remaja pada hari ini seronok bercouple tetapi tidak suka berkahwin kerana bagi mereka,bercouple itu lebih menarik,boleh bertukar-tukar pasangan bila-bila masa tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah mendekatkan diri ke lembah zina.

Mungkin ramai yang beranggapan,kita sebagai remaja terlalu muda untuk berbicara soal perkahwinan.Akan tetapi,adakah kalian merasakan bercinta dengan tanpa apa-apa ikatan itu lebih baik daripada perkahwinan??  Sahabat ana pernah berkata,kemanisan dalam maksiat itu hanya sementara kerana ia ibarat gula sintetik yang palsu,lama-kelamaan menjahanamkan anggota badan.Namun,kemanisan dalam ibadah itu terlalu indah kerana kemanisan tersebut datang daripada Allah s.w.t.


KONKLUSI

Rakan-rakan sekalian,ana tidak pernah menghalang rakan-rakan semua untuk bercinta tetapi cuba kalian fikirkan masa hadapan kalian bersama pasangan kalian.Jika niat untuk berkahwin,alhamdulillah tetapi jangan lupa untuk menjaga batas pergaulan.Jika tiada niat untuk berkahwin,perbetulkan kembali niat itu kerana itu sudah cukup untuk membuka ruang kepada syaitan untuk menggoda kita ke arah maksiat.Jangan jadikan cinta kamu itu sebagai fantasi yang palsu tetapi jadikan ia satu realiti melalui ikatan perkahwinan yang sah.Waallahua'lam...




Wednesday 7 December 2011

Islam Hanya pada Sekeping Kad


"Ahmad bin Abu,konfem Islam"...
"Jaafar bin Muhammad...nama pun memang nama Islam..."
"Zakaria bin Ali...tak payah tengok orang boleh tau Islam ni..."

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya,kita semua masih menikmati kehidupan yang sementara.Alhamdulillah...

Rakan-rakan sekalian,
Ana rasa majoriti di kalangan kita hari ini beragama Islam kerana keturunan kita Islam.Bapa kita Islam,ibu kita  Islam dan kita kemudiannya lahir di dalam Islam.Akan tetapi,ramai juga di antara kita yang tidak hidup sebagai orang Islam.Percaya tak??

Sebagai contoh,seorang perempuan beragama Islam tetapi pakaian dan tingkah lakunya tidak melambangkan seorang muslimah sejati.Tidak terlepas juga kepada lelaki.Lelaki pun apa kurangnya.Nama sahaja Islam tetapi  pakai 'short' sahaja apabila keluar rumah dan tidak menutup aurat.Belum masuk bab akhlak yang lebih dalam lagi.Memang sukar hendak digambarkan keadaan umat Islam pada hari ini.

Persoalan yang sering bermain di fikiran ana ialah apakah mereka merasakan hanya nama mereka sudah cukup untuk membuktikan mereka Islam?? Bagi ana,nama sahaja belum cukup tetapi apa yang paling penting ialah apa yang kita perjuangkan untuk Islam dan hidup kita untuk Allah.

Buka mata kalian semua,hari ini,berapa ramai orang bukan Islam sibuk mencari agama sebenar??

Hari ini berapa ramai orang bukan Islam mencari kebenaran yang hakiki??

TERLALU RAMAI!! Mereka seperti anak kecil yang mencari ibunya untuk mendapatkan susu.Mereka mencari kemanisan yang sebenar iaitu Islam sebagai agama yang sejati.Akan tetapi,berapa ramai orang Islam yang berbuat demikian?? Tidak ramai orang Islam yang cuba mencari Islam bahkan mereka rasa sudah cukup  apa yang mereka perolehi selama ini....

Sidang pembaca yang dimuliakan Allah sekalian,
Sedarlah siapa kita di bumi Allah ini.Bangunlah dari lena yang panjang wahai umat Islam.Adakah kalian mahu kalian dikenali sebagai seorang Islam hanya di kad pengenalan dan di batu nisan pada pusara kalian?? Sudah tentu tidak.Di sini,ana mengingatkan diri ana dan semua pembaca,marilah kita cari hakikat Islam yang sebenar.Carilah Islam,dekatkan diri dengan Islam agar kita dekat dengan Allah...Waallahua'lam....

Monday 5 December 2011

Di manakah jati diri anda??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...alhamdulillah dapat juga ana menyambung penulisan ana hari ini.Ana sendiri tidak tahu mengapa,sejak kebelakangan ini,idea dan ilham untuk ana menulis di dalam blog ini mencurah-curah.Mungkin ini adalah kurnia Allah kepada ana dan peringatan yang mahu dikongsikan bersama rakan-rakan sekalian...



Semalam,ana telah membaca buku 'Transformasi Ramadan' karya Ustaz Hasrizal Abd Jamil a.k.a Ustaz Cinta iaitu penulis buku 'Aku Terima Nikahnya'.Apa yang ana ingin sampaikan pada hari ini ialah bukanlah berkenaan dengan Ramadhan tetapi satu perkara yang disentuh oleh Ustaz Hasrizal dalam buku tersebut adalah berkaitan dengan jati diri remaja.

Mengikut pendapat ana,jati diri remaja hari ini memang lemah terutama remaja Islam berbangsa Melayu.Ustaz Hasrizal ada menyentuh masalah remaja yang susah sangat hendak berpuasa atas alasan peperiksaan,kuat nafsu syahwat dan sebagainya.Masalah yang menjadi satu punca di mana Islam susah untuk bangkit dengan adanya generasi sebegini.

Bukan itu sahaja,kebanyakan remaja menganggap satu perkara itu terlalu MUSTAHIL untuk berlaku.Sebagai contoh,sebelum ana masuk ke tingkatan 4,ramai yang berkata begini:

Si A:Jangan ambil subjek sains.Nanti tak lulus SPM
Si B:Jangan ambil Add Math.Menyesal tak sudah

Apa yang ana lihat ialah remaja hari ini takut untuk mencuba sesuatu yang mencabar,sesuatu yang mungkin orang katakan mustahil untuk dilakukan disebabkan lemahnya jati diri mereka itu sendiri.Mereka tidak pernah mencuba sesuatu yang boleh membangunkan Islam dan umatnya.Apa yang ana pelik ialah mereka sanggup membahayakan diri dengan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah kepada mereka dan umat Islam.



Kita ambil contoh seorang tokoh remaja yang sangat terkenal iaitu SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH.Baginda telah menawan Konstantinople pada tahun 1453 ketika usianya masih remaja.Sebelum baginda menawan kota itu,baginda telah membayangkan kejayaan tersebut sejak baginda belum ditabalkan menjadi sultan.Baginda sudah ada gambaran yang jelas tentang misi baginda.Apabila baginda menaiki takhta sebagai sultan,Baginda menyatakan misinya kepada semua menteri dan rakyat.Apa yang terjadi?? BAGINDA DIKETAWAKAN!!! Mereka merasakan terlalu mustahil untuk seorang remaja yang terlalu mentah untuk menakluki kota yang terlalu besar.Akan tetapi,adakah baginda patah semangat?? Sama sekali tidak...Baginda mengatur rancangan dengan teliti yang akhirnya membawa kepada peristiwa pembukaan Kota  Konstantinople pada tahun 1453.Baginda mempunyai jati diri yang terlalu kuat sehinggakan perkara yang dianggap mustahil menjadi kenyataan....

Remaja,masa hadapan Islam bergantung kepada kita.Jika jati diri kita lemah,maka lemahlah kita.Justeru,binalah jati diri dalam diri kita.Islam pasti tertegak satu hari nanti tetapi biarlah kita menjadi asbab kepada tertegaknya agama Allah ini...waallahu'alam

Sunday 4 December 2011

Korbankan Cintamu kerana Cintamu itu Hanya untuk Pencinta Teragung




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan penulisan ana di dalam blog ini...alhamdulillah

Lebih kurang dua minggu lepas,ketika sesi pembentangan usrah di kolej ana,seorang sahabat telah menceritakan kepada kami,nuqaba' sekalian mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s menyembelih Nabi Ismail a.s sebagai korban.Mungkin ramai yang tahu mengenai peristiwa bersejarah ini tetapi mungkin ramai yang tidak mengetahui hikmah daripada peristiwa itu.

Salah satu hikmah yang ana rasa telah ramai yang tahu iaitu peristiwa yang membawa kepada ibadah korban setiap kali menjelang Aidil Adha.Akan tetapi,terdapat satu lagi hikmah terbesar iaitu korbankan cinta kita yang mengatasi cinta Allah.Kenapa sahabat ana berkata begitu?? Sebenarnya,kelahiran Nabi Ismail a.s menyebabkan Nabi Ibrahim terlalu gembira dan teramat sayang akan anaknya itu sehingga sayangnya kepada Allah semakin berkurang.Ketika Nabi Ibrahim a.s hendak menyembelih anak kesayangannya itu,dengan izin Allah,Nabi Ismail a.s digantikan dengan seekor kibas di mana kibas itu diibaratkan sebagai cinta dunia yang perlu dikorbankan untuk mendapat cinta Pencinta Teragung iaitu Allah s.w.t....

Sahabat yang ana kasihi sekalian,jangan biarkan cinta kita kepada dunia melebihi cinta kita kepada Allah.Jangan biarkan kesibukan mencari cinta manusia hingga kita lupa mencari cinta Allah.Jangan biarkan cinta kita kepada harta membutakan mata kita daripada nur Yang Maha Pencinta.Jangan hancurkan hati Allah,Tuhan yang Maha Mencintai HambaNya.Kembalikanlah cintaMu itu untuk Allah dan berpada-padalah mencintai perkara yang sementara...Waallahua'lam....

Saturday 3 December 2011

Adakah Ujian Hidup Suatu Musibah???

Luahan Rasa Seorang Insan



"Ketika aku kecil,aku pernah menghidap asma yang melampau,
Sehingga aku tidak mampu untuk melakukan aktiviti lasak dan bersukan,
Macam orang lain....

Ketika aku hampir dengan peperiksaan UPSR,
Aku terlantar di rumah disebabkan demam denggi,
Separuh gila aku memikirkannya,
Masih adakah harapan untuk terus hidup??

Ketika aku di alam dewasa,
Aku sering kali sakit,
Tak tahu kenapa,
Bukan sahaja di sekolah menengah,
Malah sampai ke kolej pun masalah yang sama gak timbul,
Sakit itulah,sakit inilah...

Waktu aku tak dapat skor UPSR,
Aku dihina oleh pak cik aku sendiri,
Kononnya mak dengan ayah aku bukanlah graduan universiti,
Orang macam aku ini bukannya layak dapat 'straight A'...

Tapi semasa aku skor SPM,
Dia macam bencikan aku,
Seakan-akan aku buat salah yang terlalu besar,
Famili aku dengan famili dia seakan-akan bermusuh,
Aku tegur,dia berpaling muka daripada aku,

Kenapa aku lalui semua ini??
Adakah aku ini jahat sangat??
Adakah tidak ada lagi kasih sayang Allah terhadap aku??
Adakah Allah membenci aku??
Kenapa aku dilontarkan dengan terlalu banyak ujian sehingga aku menjadi terlalu tertekan...
Kenapa Allah pilih aku??

Suatu hari sewaktu di kolej,
Aku mendengar sebuah tazkirah yang disampaikan oleh seorang pelajar di situ berkaitan dengan ujian Allah,
Dia menceritakan tentang kisah Nabi Ayub a.s di mana Baginda dikurniakan harta serta anak yang ramai.Hidup Baginda terlalu bahagia sehinggalah datang ujian kepada Baginda.Baginda menderita kesakitan,anak-anak meninggal dunia dan sebagainya.Akan tetapi,baginda tidak pernah marah malahan tidak pernah mencemuh bahkan baginda terus berdoa dan berdoa kepada Allah...ketika itu hati aku merasa sebak...Sedangkan seorang nabi Allah,insan yang diangkat darjatnya di sisi Allah juga diuji,inikan pula aku,hamba yang dilumuri dosa...

Peristiwa itu membuatkan aku berfikir,
Siapa aku untuk menghalang ujian itu turun kepadaku??
Siapa aku untuk menahan hak Allah menguji aku??
Aku hanyalah hamba dan aku adalah milikNya...
Ketika itu aku menangis kerana aku menyesal di atas perbuatanku yang kerap kali menyalahkan takdir...
Tanpa aku sedari,
Ujian tersebut sebenarnya telah menyebabkan aku dekat dan dekat kepada Allah...
Ya Allah,terima kasih kerana Engkau telah memberikan ujian kepada hambaMu ini ya Allah!! Ampunkan aku Ya Allah!!! Terimalah taubat daripada kesilapan dan khilaf hambaMu ini ya Allah!!"

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,Allah tidak akan menguji kita sekiranya kita tidak mampu.Begitulah apa yang dikatakan oleh Allah di dalam Al-Quran.Allah menguji kita bukan untuk menyakiti kita semata-mata,tetapi menyuruh kita mendekatkan diri kepadaNya.Allah sentiasa rindu mendengar tangisan dan rintihan hambaNya.Jika seorang ibu merindui anaknya,Allah jauh lebih rindu mendengar doa dan hajat hambaNya.Ingatlah,sesungguhnya ujian bukan suatu musibah tetapi sebenarnya ujian merupakan nikmat yang besar untuk menguji keimanan kita.Renung-renungkanlah....





Friday 2 December 2011

Couple:Fitrah atau Nafsu??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada rakan-rakan sekalian.Sudah terlalu lama ana rasa tdak menulis di blog ni...maklumlah agak 'buzy' sejak akhir-akhir ini...tetapi alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada ana untuk kembali menulis...alhamdulillah...

Kali ini,ana mahu berdiskusi mengenai satu fenomena yang dialami oleh kebanyakan remaja pada hari ini iaitu 'couple' atau bahasa lainnya,berpacaran...kalau kita lihat,fenomena ini menjadi satu trend remaja pada hari ini...si lelaki melafazkan cintanya kepada si perempuan,begitu juga sebaliknya.Masing-masing saling berjanji dan meluahkan segala isi hati.Menurut mereka,'couple' itu dapat memenuhi fitrah cinta manusia.Adakah benar dakwaan mereka??


COUPLE=CINTA??


Kita masuk ke skop yang lebih kecil iaitu adakah benar bercouple itu lambang cinta yang sebenar?? 

Jawapannya:TIDAK sebenarnya...kenapa ana ckp begitu??

Cuba kita tengok,pasangan yang bercouple pada hari ini,mereka saling berpegangan tangan,berpelukan sedangkan mereka itu bukanlah mahram ataupun mempunyai ikatan yang sah.Ada pula yang berdua-duaan di tempat yang gelap dan jikalau di tempat yang ramai orang sekalipun,kelakuan mereka seakan-akan pasangan suami isteri.Yang lebih teruk lagi,mungkin sampai ke lembah zina.

Sahabat,cinta adalah sesuatu yang Allah berikan kepada kita dan ianya adalah sesuatu yang suci.Jika begitu,ia sepatutnya diisi dengan batas syariat dan hubungan yang suci bagi memenuhi fitrah ini.Berbalik kepada situasi yang ana berikan tadi,adakah sahabat semua merasakan bahawa couple itu mampu memenuhi fitrah manusia? Sudah tentu tidak...

CINTA BOLEH KE TAK DALAM ISLAM??






Jawapannya ialah BOLEH malah seseorang itu tidak sempurna imannya jika dia tidak mencintai saudaranya sendiri.Bercinta sebenarnya tidak salah di dalam syarak kerana ia adalah satu fitrah semulajadi manusia.Cinta kepada Allah itu adalah satu nikmat yang mendekatkan diri hambaNya kepada Maha Pencipta.Cinta kepada Rasulullah itu merupakan bukti cinta kita kepada manusia teragung kurniaan Ilahi yang membawa kita keluar daripada kegelapan,yang membawa kita keluar daripada lembah kejahilan.Cinta kepada manusia itu wajib kerana dengan cinta,kedamaian dapat dikecapi,tidak berlakunya perkara maksiat dan sebagainya.

Sebenarnya sahabat sekalian,jika anda bercouple dengan tidak dibatasi dengan syariat,anda bukannya bercinta tetapi anda sebenarnya bernafsu....


TUNANG HALALKAN SEGALANYA??






Siapa kata?? Baiklah,ana terangkan.Tunang merupakan satu tempoh di mana si lelaki dan si perempuan boleh saling kenal mengenali antara satu sama lain.Dalam tempoh ini juga,si wanita itu tidak boleh dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia telah menjadi tunangan orang.Persoalan yang sering timbul dalam konteks bertunang:

i)Menyamakan tunang dengan couple:

  • Seseorang itu dikira bertunang sekiranya dia memberitahu perempuan itu tadi bahawa dia mahu menjadikan perempuan tersebut sebagai isterinya.
  • Seseorang yang melafazkan cintanya kepada perempuan itu tetapi tiada niat untuk berkahwin dengannya tidak dikira sebagai tunang.
ii)Betulkah waktu bertunang,kita boleh bawa pasangan kita keluar sesuka hati dengan alasan mereka bertunang??

  • Sebenarnya,tunang tidak menghalalkan apa-apa pun sebenarnya.Batas antara lelaki dan perempuan masih perlu dijaga.Seperti yang ana katakan di atas,bertunang itu tempoh untuk berkenalan antara satu sama lain dan kita boleh 'cop' orang yang kita mahukan menjadi pasangan hidup kita.
iii)Adakah cukup syarat sekadar lafaz untuk mengatakan tunang tanpa perlukan hantaran??

  • Sah kerana hantaran itu adalah adat.Utamakan syariat terlebih dahulu dan jangan sama sekali membelakangkan syariat dalam apa pun perkara.
iv)'Guideline' untuk menjaga hati dan menjaga kesucian cinta ketika bertunang hingga ke alam perkahwinan

  • Mesej atau berhubung apabila perlu
  • Keluar bersama dengan membawa mahram(kalau boleh ayah si perempuan)
  • Wanita itu tidak boleh melunakkan suara kepada lelaki
v)Bagi ana,tunang adalah salah satu solusi bagi seseorang untuk menjaga hatinya serta menundukkan pandangan dan bagi mereka yang masih belum mampu dari sudut kewangan.

KONKLUSI

"Wahai pemuda,jika antara kalian ada yang mampu,maka berkahwinlah kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan.Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah dia kerana puasa itu dapat menjadi penghalang dia daripada syahwat,"

Para sahabat sekalian,Islam itu indah dan mudah.Islam telah menyediakan satu panduan yang mudah untuk diikuti.Kita ada Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w sebagai panduan kita dalam kehidupan.Bercouple sebenarnya bukanlah jalan yang terbaik kerana ia lebih dekat dengan maksiat.Nikah adalah cara yang Allah berikan kepada kita untuk kita saling mencintai bagi yang jantina agar kesucian cinta sejati itu terpelihara.Ketahuilah bahawa couple tidak melambangkan fitrah cinta sebenar tetapi ia lebih kepada nafsu.Sekian,waallahua'lam....


Saturday 10 September 2011

Kenapa Nak Kutuk Jemaah Islam???

Alhamdulillah,hari ini telah banyak jemaah-jemaah Islam hyhg bergerak di dalam negara kita.Misi mereka adalah satu iaitu membawa kembali Islam dalam jiwa manusia dan menegakkan kembali khilafah di atas bumi Allah ini.Akan tetapi,apa yg ana perhatikan,ada sesetengah masyarakat yg suka mengutuk jemaah-jemaah Islam dan ada jemaah yg mengutuk jemaah yg lain...ish3...mslh gak ni...herm

Baiklah.Seperti yg pernah dikatakan oleh Yusuf Qardhawi bahawa jemaah-jemaah Islam diibaratkan seperti aliran-aliran air yg akhirnya nnti akn bertemu di suatu tempat.Kalau begitu,kenapa perlu kutuk jemaah Islam sedangkan mereka membawa sesuatu kebenaran?? Adakah kita mahu jadi orang yg menolak kebenaran??

Seterusnya,setiap jemaah mahupun persatuan ada kekuatan dan kelemahan masing2.Sebagai contoh,jemaah Tabligh.Kelebihan yang ada pada mereka ialah mereka duduk dalam satu jemaah yg besar serta hidup dengan pengamalan sunnah Rasulullah s.a.w.Akan tetapi,sumber ilmu mereka terhad iaitu kebanyakan mereka sekadar merujuk kepada kitab Fadhilat Amal.Jangan disebabkan satu kelemahan dlm sesebuah jemaah itu menyebabkan kita nak hentam mereka cukup2...xley r cm 2...tgk tujuan asalnya dan jika ada kelemahan,berusahalah sebaik mungkin utk mengatasinya....

Lagi satu hal,ada yg kata orang yang join jemaah Islam tak kira tabligh ke,usrah ke,abaikan tnggungjawab trhadap keluarga.Ada yg dikatakan pengotor lah ape lah...mcm2...Cuba anda bygkan satu keluarga,keluarga itu hidup dlm amal agama dan sunnah.Akan tetapi,ada seorang drpd mereka perangai cam setan.Persoalannya,adakah disebabkan anak yg sorang 2,kita nk salahkan seluruh keluarga dia??? Begitu juga dgn jemaah Islam.Mereka membawa agama dan menyampaikan dakwah kpd umat manusia tetapi jganlah disebabkan segelintir drpd mereka bertindak sedemikian,kita nak labelkan mereka sbg penipu atau sebagainya.

Ana harap apa yg disampaikan hari ini sedikit banyak membuka mata ana suma dan muhasabah diri kita kembali.Ingat pesanan Hassan al-Banna bahawa jangan sesekali mengutuk persatuan-persatuan Islam yg lain.
Jazakallah...:-)