Monday 5 December 2011

Di manakah jati diri anda??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...alhamdulillah dapat juga ana menyambung penulisan ana hari ini.Ana sendiri tidak tahu mengapa,sejak kebelakangan ini,idea dan ilham untuk ana menulis di dalam blog ini mencurah-curah.Mungkin ini adalah kurnia Allah kepada ana dan peringatan yang mahu dikongsikan bersama rakan-rakan sekalian...



Semalam,ana telah membaca buku 'Transformasi Ramadan' karya Ustaz Hasrizal Abd Jamil a.k.a Ustaz Cinta iaitu penulis buku 'Aku Terima Nikahnya'.Apa yang ana ingin sampaikan pada hari ini ialah bukanlah berkenaan dengan Ramadhan tetapi satu perkara yang disentuh oleh Ustaz Hasrizal dalam buku tersebut adalah berkaitan dengan jati diri remaja.

Mengikut pendapat ana,jati diri remaja hari ini memang lemah terutama remaja Islam berbangsa Melayu.Ustaz Hasrizal ada menyentuh masalah remaja yang susah sangat hendak berpuasa atas alasan peperiksaan,kuat nafsu syahwat dan sebagainya.Masalah yang menjadi satu punca di mana Islam susah untuk bangkit dengan adanya generasi sebegini.

Bukan itu sahaja,kebanyakan remaja menganggap satu perkara itu terlalu MUSTAHIL untuk berlaku.Sebagai contoh,sebelum ana masuk ke tingkatan 4,ramai yang berkata begini:

Si A:Jangan ambil subjek sains.Nanti tak lulus SPM
Si B:Jangan ambil Add Math.Menyesal tak sudah

Apa yang ana lihat ialah remaja hari ini takut untuk mencuba sesuatu yang mencabar,sesuatu yang mungkin orang katakan mustahil untuk dilakukan disebabkan lemahnya jati diri mereka itu sendiri.Mereka tidak pernah mencuba sesuatu yang boleh membangunkan Islam dan umatnya.Apa yang ana pelik ialah mereka sanggup membahayakan diri dengan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah kepada mereka dan umat Islam.



Kita ambil contoh seorang tokoh remaja yang sangat terkenal iaitu SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH.Baginda telah menawan Konstantinople pada tahun 1453 ketika usianya masih remaja.Sebelum baginda menawan kota itu,baginda telah membayangkan kejayaan tersebut sejak baginda belum ditabalkan menjadi sultan.Baginda sudah ada gambaran yang jelas tentang misi baginda.Apabila baginda menaiki takhta sebagai sultan,Baginda menyatakan misinya kepada semua menteri dan rakyat.Apa yang terjadi?? BAGINDA DIKETAWAKAN!!! Mereka merasakan terlalu mustahil untuk seorang remaja yang terlalu mentah untuk menakluki kota yang terlalu besar.Akan tetapi,adakah baginda patah semangat?? Sama sekali tidak...Baginda mengatur rancangan dengan teliti yang akhirnya membawa kepada peristiwa pembukaan Kota  Konstantinople pada tahun 1453.Baginda mempunyai jati diri yang terlalu kuat sehinggakan perkara yang dianggap mustahil menjadi kenyataan....

Remaja,masa hadapan Islam bergantung kepada kita.Jika jati diri kita lemah,maka lemahlah kita.Justeru,binalah jati diri dalam diri kita.Islam pasti tertegak satu hari nanti tetapi biarlah kita menjadi asbab kepada tertegaknya agama Allah ini...waallahu'alam

No comments:

Post a Comment