Thursday 8 December 2011

Fantasi Cinta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...alhamdulillah,setinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat Islam kerana masih diberikan nyawa dan nafas untuk meneruskan kehidupan hamba dan khalifah di bumi Allah...alhamdulillah...

Tajuk yang ana bawakan kali ini,Fantasi Cinta.Mungkin ada yang pernah dengar lagu Fantasi Cinta nyanyian Khafi sebelum ini.Lagu yang agak best bagi ana suatu ketika dahulu tetapi hari ini ana tidak ingin bincangkan mengenai lagu tersebut tetapi fantasi cinta remaja pada hari ini.

BERCINTA TANPA ARAH TUJUAN


Cuba kita lihat hari ini.Pasangan kekasih saling berjanji antara satu sama lain tetapi arah tuju cinta mereka itu tidak membawa mereka sampai ke satu ikatan yang sah.Mereka sering mengatakan cinta mereka sejati tetapi tidak pernah berfikir untuk bersama selamanya....Lihat contoh di bawah:



Perempuan:Betul you sayang I??
Lelaki:Of course my dear!! Lautan api pun I sanggup renangi demi cinta I...
Perempuan:Boleh bagi I istana dari kayangan??
Lelaki:Jangan kata kayangan,syurga pun I bagi
Perempuan:Nak kahwin dengan I??
Lelaki:Ko gila ek??

Dialog di atas ini merupakan realiti sebenar remaja pada hari ini.Majoriti remaja pada hari ini seronok bercouple tetapi tidak suka berkahwin kerana bagi mereka,bercouple itu lebih menarik,boleh bertukar-tukar pasangan bila-bila masa tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah mendekatkan diri ke lembah zina.

Mungkin ramai yang beranggapan,kita sebagai remaja terlalu muda untuk berbicara soal perkahwinan.Akan tetapi,adakah kalian merasakan bercinta dengan tanpa apa-apa ikatan itu lebih baik daripada perkahwinan??  Sahabat ana pernah berkata,kemanisan dalam maksiat itu hanya sementara kerana ia ibarat gula sintetik yang palsu,lama-kelamaan menjahanamkan anggota badan.Namun,kemanisan dalam ibadah itu terlalu indah kerana kemanisan tersebut datang daripada Allah s.w.t.


KONKLUSI

Rakan-rakan sekalian,ana tidak pernah menghalang rakan-rakan semua untuk bercinta tetapi cuba kalian fikirkan masa hadapan kalian bersama pasangan kalian.Jika niat untuk berkahwin,alhamdulillah tetapi jangan lupa untuk menjaga batas pergaulan.Jika tiada niat untuk berkahwin,perbetulkan kembali niat itu kerana itu sudah cukup untuk membuka ruang kepada syaitan untuk menggoda kita ke arah maksiat.Jangan jadikan cinta kamu itu sebagai fantasi yang palsu tetapi jadikan ia satu realiti melalui ikatan perkahwinan yang sah.Waallahua'lam...




Wednesday 7 December 2011

Islam Hanya pada Sekeping Kad


"Ahmad bin Abu,konfem Islam"...
"Jaafar bin Muhammad...nama pun memang nama Islam..."
"Zakaria bin Ali...tak payah tengok orang boleh tau Islam ni..."

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya,kita semua masih menikmati kehidupan yang sementara.Alhamdulillah...

Rakan-rakan sekalian,
Ana rasa majoriti di kalangan kita hari ini beragama Islam kerana keturunan kita Islam.Bapa kita Islam,ibu kita  Islam dan kita kemudiannya lahir di dalam Islam.Akan tetapi,ramai juga di antara kita yang tidak hidup sebagai orang Islam.Percaya tak??

Sebagai contoh,seorang perempuan beragama Islam tetapi pakaian dan tingkah lakunya tidak melambangkan seorang muslimah sejati.Tidak terlepas juga kepada lelaki.Lelaki pun apa kurangnya.Nama sahaja Islam tetapi  pakai 'short' sahaja apabila keluar rumah dan tidak menutup aurat.Belum masuk bab akhlak yang lebih dalam lagi.Memang sukar hendak digambarkan keadaan umat Islam pada hari ini.

Persoalan yang sering bermain di fikiran ana ialah apakah mereka merasakan hanya nama mereka sudah cukup untuk membuktikan mereka Islam?? Bagi ana,nama sahaja belum cukup tetapi apa yang paling penting ialah apa yang kita perjuangkan untuk Islam dan hidup kita untuk Allah.

Buka mata kalian semua,hari ini,berapa ramai orang bukan Islam sibuk mencari agama sebenar??

Hari ini berapa ramai orang bukan Islam mencari kebenaran yang hakiki??

TERLALU RAMAI!! Mereka seperti anak kecil yang mencari ibunya untuk mendapatkan susu.Mereka mencari kemanisan yang sebenar iaitu Islam sebagai agama yang sejati.Akan tetapi,berapa ramai orang Islam yang berbuat demikian?? Tidak ramai orang Islam yang cuba mencari Islam bahkan mereka rasa sudah cukup  apa yang mereka perolehi selama ini....

Sidang pembaca yang dimuliakan Allah sekalian,
Sedarlah siapa kita di bumi Allah ini.Bangunlah dari lena yang panjang wahai umat Islam.Adakah kalian mahu kalian dikenali sebagai seorang Islam hanya di kad pengenalan dan di batu nisan pada pusara kalian?? Sudah tentu tidak.Di sini,ana mengingatkan diri ana dan semua pembaca,marilah kita cari hakikat Islam yang sebenar.Carilah Islam,dekatkan diri dengan Islam agar kita dekat dengan Allah...Waallahua'lam....

Monday 5 December 2011

Di manakah jati diri anda??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...alhamdulillah dapat juga ana menyambung penulisan ana hari ini.Ana sendiri tidak tahu mengapa,sejak kebelakangan ini,idea dan ilham untuk ana menulis di dalam blog ini mencurah-curah.Mungkin ini adalah kurnia Allah kepada ana dan peringatan yang mahu dikongsikan bersama rakan-rakan sekalian...



Semalam,ana telah membaca buku 'Transformasi Ramadan' karya Ustaz Hasrizal Abd Jamil a.k.a Ustaz Cinta iaitu penulis buku 'Aku Terima Nikahnya'.Apa yang ana ingin sampaikan pada hari ini ialah bukanlah berkenaan dengan Ramadhan tetapi satu perkara yang disentuh oleh Ustaz Hasrizal dalam buku tersebut adalah berkaitan dengan jati diri remaja.

Mengikut pendapat ana,jati diri remaja hari ini memang lemah terutama remaja Islam berbangsa Melayu.Ustaz Hasrizal ada menyentuh masalah remaja yang susah sangat hendak berpuasa atas alasan peperiksaan,kuat nafsu syahwat dan sebagainya.Masalah yang menjadi satu punca di mana Islam susah untuk bangkit dengan adanya generasi sebegini.

Bukan itu sahaja,kebanyakan remaja menganggap satu perkara itu terlalu MUSTAHIL untuk berlaku.Sebagai contoh,sebelum ana masuk ke tingkatan 4,ramai yang berkata begini:

Si A:Jangan ambil subjek sains.Nanti tak lulus SPM
Si B:Jangan ambil Add Math.Menyesal tak sudah

Apa yang ana lihat ialah remaja hari ini takut untuk mencuba sesuatu yang mencabar,sesuatu yang mungkin orang katakan mustahil untuk dilakukan disebabkan lemahnya jati diri mereka itu sendiri.Mereka tidak pernah mencuba sesuatu yang boleh membangunkan Islam dan umatnya.Apa yang ana pelik ialah mereka sanggup membahayakan diri dengan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah kepada mereka dan umat Islam.



Kita ambil contoh seorang tokoh remaja yang sangat terkenal iaitu SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH.Baginda telah menawan Konstantinople pada tahun 1453 ketika usianya masih remaja.Sebelum baginda menawan kota itu,baginda telah membayangkan kejayaan tersebut sejak baginda belum ditabalkan menjadi sultan.Baginda sudah ada gambaran yang jelas tentang misi baginda.Apabila baginda menaiki takhta sebagai sultan,Baginda menyatakan misinya kepada semua menteri dan rakyat.Apa yang terjadi?? BAGINDA DIKETAWAKAN!!! Mereka merasakan terlalu mustahil untuk seorang remaja yang terlalu mentah untuk menakluki kota yang terlalu besar.Akan tetapi,adakah baginda patah semangat?? Sama sekali tidak...Baginda mengatur rancangan dengan teliti yang akhirnya membawa kepada peristiwa pembukaan Kota  Konstantinople pada tahun 1453.Baginda mempunyai jati diri yang terlalu kuat sehinggakan perkara yang dianggap mustahil menjadi kenyataan....

Remaja,masa hadapan Islam bergantung kepada kita.Jika jati diri kita lemah,maka lemahlah kita.Justeru,binalah jati diri dalam diri kita.Islam pasti tertegak satu hari nanti tetapi biarlah kita menjadi asbab kepada tertegaknya agama Allah ini...waallahu'alam

Sunday 4 December 2011

Korbankan Cintamu kerana Cintamu itu Hanya untuk Pencinta Teragung




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan penulisan ana di dalam blog ini...alhamdulillah

Lebih kurang dua minggu lepas,ketika sesi pembentangan usrah di kolej ana,seorang sahabat telah menceritakan kepada kami,nuqaba' sekalian mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s menyembelih Nabi Ismail a.s sebagai korban.Mungkin ramai yang tahu mengenai peristiwa bersejarah ini tetapi mungkin ramai yang tidak mengetahui hikmah daripada peristiwa itu.

Salah satu hikmah yang ana rasa telah ramai yang tahu iaitu peristiwa yang membawa kepada ibadah korban setiap kali menjelang Aidil Adha.Akan tetapi,terdapat satu lagi hikmah terbesar iaitu korbankan cinta kita yang mengatasi cinta Allah.Kenapa sahabat ana berkata begitu?? Sebenarnya,kelahiran Nabi Ismail a.s menyebabkan Nabi Ibrahim terlalu gembira dan teramat sayang akan anaknya itu sehingga sayangnya kepada Allah semakin berkurang.Ketika Nabi Ibrahim a.s hendak menyembelih anak kesayangannya itu,dengan izin Allah,Nabi Ismail a.s digantikan dengan seekor kibas di mana kibas itu diibaratkan sebagai cinta dunia yang perlu dikorbankan untuk mendapat cinta Pencinta Teragung iaitu Allah s.w.t....

Sahabat yang ana kasihi sekalian,jangan biarkan cinta kita kepada dunia melebihi cinta kita kepada Allah.Jangan biarkan kesibukan mencari cinta manusia hingga kita lupa mencari cinta Allah.Jangan biarkan cinta kita kepada harta membutakan mata kita daripada nur Yang Maha Pencinta.Jangan hancurkan hati Allah,Tuhan yang Maha Mencintai HambaNya.Kembalikanlah cintaMu itu untuk Allah dan berpada-padalah mencintai perkara yang sementara...Waallahua'lam....

Saturday 3 December 2011

Adakah Ujian Hidup Suatu Musibah???

Luahan Rasa Seorang Insan



"Ketika aku kecil,aku pernah menghidap asma yang melampau,
Sehingga aku tidak mampu untuk melakukan aktiviti lasak dan bersukan,
Macam orang lain....

Ketika aku hampir dengan peperiksaan UPSR,
Aku terlantar di rumah disebabkan demam denggi,
Separuh gila aku memikirkannya,
Masih adakah harapan untuk terus hidup??

Ketika aku di alam dewasa,
Aku sering kali sakit,
Tak tahu kenapa,
Bukan sahaja di sekolah menengah,
Malah sampai ke kolej pun masalah yang sama gak timbul,
Sakit itulah,sakit inilah...

Waktu aku tak dapat skor UPSR,
Aku dihina oleh pak cik aku sendiri,
Kononnya mak dengan ayah aku bukanlah graduan universiti,
Orang macam aku ini bukannya layak dapat 'straight A'...

Tapi semasa aku skor SPM,
Dia macam bencikan aku,
Seakan-akan aku buat salah yang terlalu besar,
Famili aku dengan famili dia seakan-akan bermusuh,
Aku tegur,dia berpaling muka daripada aku,

Kenapa aku lalui semua ini??
Adakah aku ini jahat sangat??
Adakah tidak ada lagi kasih sayang Allah terhadap aku??
Adakah Allah membenci aku??
Kenapa aku dilontarkan dengan terlalu banyak ujian sehingga aku menjadi terlalu tertekan...
Kenapa Allah pilih aku??

Suatu hari sewaktu di kolej,
Aku mendengar sebuah tazkirah yang disampaikan oleh seorang pelajar di situ berkaitan dengan ujian Allah,
Dia menceritakan tentang kisah Nabi Ayub a.s di mana Baginda dikurniakan harta serta anak yang ramai.Hidup Baginda terlalu bahagia sehinggalah datang ujian kepada Baginda.Baginda menderita kesakitan,anak-anak meninggal dunia dan sebagainya.Akan tetapi,baginda tidak pernah marah malahan tidak pernah mencemuh bahkan baginda terus berdoa dan berdoa kepada Allah...ketika itu hati aku merasa sebak...Sedangkan seorang nabi Allah,insan yang diangkat darjatnya di sisi Allah juga diuji,inikan pula aku,hamba yang dilumuri dosa...

Peristiwa itu membuatkan aku berfikir,
Siapa aku untuk menghalang ujian itu turun kepadaku??
Siapa aku untuk menahan hak Allah menguji aku??
Aku hanyalah hamba dan aku adalah milikNya...
Ketika itu aku menangis kerana aku menyesal di atas perbuatanku yang kerap kali menyalahkan takdir...
Tanpa aku sedari,
Ujian tersebut sebenarnya telah menyebabkan aku dekat dan dekat kepada Allah...
Ya Allah,terima kasih kerana Engkau telah memberikan ujian kepada hambaMu ini ya Allah!! Ampunkan aku Ya Allah!!! Terimalah taubat daripada kesilapan dan khilaf hambaMu ini ya Allah!!"

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,Allah tidak akan menguji kita sekiranya kita tidak mampu.Begitulah apa yang dikatakan oleh Allah di dalam Al-Quran.Allah menguji kita bukan untuk menyakiti kita semata-mata,tetapi menyuruh kita mendekatkan diri kepadaNya.Allah sentiasa rindu mendengar tangisan dan rintihan hambaNya.Jika seorang ibu merindui anaknya,Allah jauh lebih rindu mendengar doa dan hajat hambaNya.Ingatlah,sesungguhnya ujian bukan suatu musibah tetapi sebenarnya ujian merupakan nikmat yang besar untuk menguji keimanan kita.Renung-renungkanlah....





Friday 2 December 2011

Couple:Fitrah atau Nafsu??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada rakan-rakan sekalian.Sudah terlalu lama ana rasa tdak menulis di blog ni...maklumlah agak 'buzy' sejak akhir-akhir ini...tetapi alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada ana untuk kembali menulis...alhamdulillah...

Kali ini,ana mahu berdiskusi mengenai satu fenomena yang dialami oleh kebanyakan remaja pada hari ini iaitu 'couple' atau bahasa lainnya,berpacaran...kalau kita lihat,fenomena ini menjadi satu trend remaja pada hari ini...si lelaki melafazkan cintanya kepada si perempuan,begitu juga sebaliknya.Masing-masing saling berjanji dan meluahkan segala isi hati.Menurut mereka,'couple' itu dapat memenuhi fitrah cinta manusia.Adakah benar dakwaan mereka??


COUPLE=CINTA??


Kita masuk ke skop yang lebih kecil iaitu adakah benar bercouple itu lambang cinta yang sebenar?? 

Jawapannya:TIDAK sebenarnya...kenapa ana ckp begitu??

Cuba kita tengok,pasangan yang bercouple pada hari ini,mereka saling berpegangan tangan,berpelukan sedangkan mereka itu bukanlah mahram ataupun mempunyai ikatan yang sah.Ada pula yang berdua-duaan di tempat yang gelap dan jikalau di tempat yang ramai orang sekalipun,kelakuan mereka seakan-akan pasangan suami isteri.Yang lebih teruk lagi,mungkin sampai ke lembah zina.

Sahabat,cinta adalah sesuatu yang Allah berikan kepada kita dan ianya adalah sesuatu yang suci.Jika begitu,ia sepatutnya diisi dengan batas syariat dan hubungan yang suci bagi memenuhi fitrah ini.Berbalik kepada situasi yang ana berikan tadi,adakah sahabat semua merasakan bahawa couple itu mampu memenuhi fitrah manusia? Sudah tentu tidak...

CINTA BOLEH KE TAK DALAM ISLAM??






Jawapannya ialah BOLEH malah seseorang itu tidak sempurna imannya jika dia tidak mencintai saudaranya sendiri.Bercinta sebenarnya tidak salah di dalam syarak kerana ia adalah satu fitrah semulajadi manusia.Cinta kepada Allah itu adalah satu nikmat yang mendekatkan diri hambaNya kepada Maha Pencipta.Cinta kepada Rasulullah itu merupakan bukti cinta kita kepada manusia teragung kurniaan Ilahi yang membawa kita keluar daripada kegelapan,yang membawa kita keluar daripada lembah kejahilan.Cinta kepada manusia itu wajib kerana dengan cinta,kedamaian dapat dikecapi,tidak berlakunya perkara maksiat dan sebagainya.

Sebenarnya sahabat sekalian,jika anda bercouple dengan tidak dibatasi dengan syariat,anda bukannya bercinta tetapi anda sebenarnya bernafsu....


TUNANG HALALKAN SEGALANYA??






Siapa kata?? Baiklah,ana terangkan.Tunang merupakan satu tempoh di mana si lelaki dan si perempuan boleh saling kenal mengenali antara satu sama lain.Dalam tempoh ini juga,si wanita itu tidak boleh dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia telah menjadi tunangan orang.Persoalan yang sering timbul dalam konteks bertunang:

i)Menyamakan tunang dengan couple:

  • Seseorang itu dikira bertunang sekiranya dia memberitahu perempuan itu tadi bahawa dia mahu menjadikan perempuan tersebut sebagai isterinya.
  • Seseorang yang melafazkan cintanya kepada perempuan itu tetapi tiada niat untuk berkahwin dengannya tidak dikira sebagai tunang.
ii)Betulkah waktu bertunang,kita boleh bawa pasangan kita keluar sesuka hati dengan alasan mereka bertunang??

  • Sebenarnya,tunang tidak menghalalkan apa-apa pun sebenarnya.Batas antara lelaki dan perempuan masih perlu dijaga.Seperti yang ana katakan di atas,bertunang itu tempoh untuk berkenalan antara satu sama lain dan kita boleh 'cop' orang yang kita mahukan menjadi pasangan hidup kita.
iii)Adakah cukup syarat sekadar lafaz untuk mengatakan tunang tanpa perlukan hantaran??

  • Sah kerana hantaran itu adalah adat.Utamakan syariat terlebih dahulu dan jangan sama sekali membelakangkan syariat dalam apa pun perkara.
iv)'Guideline' untuk menjaga hati dan menjaga kesucian cinta ketika bertunang hingga ke alam perkahwinan

  • Mesej atau berhubung apabila perlu
  • Keluar bersama dengan membawa mahram(kalau boleh ayah si perempuan)
  • Wanita itu tidak boleh melunakkan suara kepada lelaki
v)Bagi ana,tunang adalah salah satu solusi bagi seseorang untuk menjaga hatinya serta menundukkan pandangan dan bagi mereka yang masih belum mampu dari sudut kewangan.

KONKLUSI

"Wahai pemuda,jika antara kalian ada yang mampu,maka berkahwinlah kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan.Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah dia kerana puasa itu dapat menjadi penghalang dia daripada syahwat,"

Para sahabat sekalian,Islam itu indah dan mudah.Islam telah menyediakan satu panduan yang mudah untuk diikuti.Kita ada Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w sebagai panduan kita dalam kehidupan.Bercouple sebenarnya bukanlah jalan yang terbaik kerana ia lebih dekat dengan maksiat.Nikah adalah cara yang Allah berikan kepada kita untuk kita saling mencintai bagi yang jantina agar kesucian cinta sejati itu terpelihara.Ketahuilah bahawa couple tidak melambangkan fitrah cinta sebenar tetapi ia lebih kepada nafsu.Sekian,waallahua'lam....


Saturday 10 September 2011

Kenapa Nak Kutuk Jemaah Islam???

Alhamdulillah,hari ini telah banyak jemaah-jemaah Islam hyhg bergerak di dalam negara kita.Misi mereka adalah satu iaitu membawa kembali Islam dalam jiwa manusia dan menegakkan kembali khilafah di atas bumi Allah ini.Akan tetapi,apa yg ana perhatikan,ada sesetengah masyarakat yg suka mengutuk jemaah-jemaah Islam dan ada jemaah yg mengutuk jemaah yg lain...ish3...mslh gak ni...herm

Baiklah.Seperti yg pernah dikatakan oleh Yusuf Qardhawi bahawa jemaah-jemaah Islam diibaratkan seperti aliran-aliran air yg akhirnya nnti akn bertemu di suatu tempat.Kalau begitu,kenapa perlu kutuk jemaah Islam sedangkan mereka membawa sesuatu kebenaran?? Adakah kita mahu jadi orang yg menolak kebenaran??

Seterusnya,setiap jemaah mahupun persatuan ada kekuatan dan kelemahan masing2.Sebagai contoh,jemaah Tabligh.Kelebihan yang ada pada mereka ialah mereka duduk dalam satu jemaah yg besar serta hidup dengan pengamalan sunnah Rasulullah s.a.w.Akan tetapi,sumber ilmu mereka terhad iaitu kebanyakan mereka sekadar merujuk kepada kitab Fadhilat Amal.Jangan disebabkan satu kelemahan dlm sesebuah jemaah itu menyebabkan kita nak hentam mereka cukup2...xley r cm 2...tgk tujuan asalnya dan jika ada kelemahan,berusahalah sebaik mungkin utk mengatasinya....

Lagi satu hal,ada yg kata orang yang join jemaah Islam tak kira tabligh ke,usrah ke,abaikan tnggungjawab trhadap keluarga.Ada yg dikatakan pengotor lah ape lah...mcm2...Cuba anda bygkan satu keluarga,keluarga itu hidup dlm amal agama dan sunnah.Akan tetapi,ada seorang drpd mereka perangai cam setan.Persoalannya,adakah disebabkan anak yg sorang 2,kita nk salahkan seluruh keluarga dia??? Begitu juga dgn jemaah Islam.Mereka membawa agama dan menyampaikan dakwah kpd umat manusia tetapi jganlah disebabkan segelintir drpd mereka bertindak sedemikian,kita nak labelkan mereka sbg penipu atau sebagainya.

Ana harap apa yg disampaikan hari ini sedikit banyak membuka mata ana suma dan muhasabah diri kita kembali.Ingat pesanan Hassan al-Banna bahawa jangan sesekali mengutuk persatuan-persatuan Islam yg lain.
Jazakallah...:-)

Monday 5 September 2011

Remaja:Adakah Anda Kenal Siapa Anda???

Assalamualaikum w.b.t...alhamdulillah dan setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana masih diberikan nyawa kpd ana utk terus menulis dan menjalankan tugas sbg seorang daie.Alhamdulillah....

Hari ini,kita sering mendengar berita mengenai masalah sosial yg melanda di dalam negara kita.Macam2 yg kita dengar,Anak luar nikah r,zina r,rempit r...macam2...smpi rse nk muntah bila dgr benda cmni berlaku.Apa yang lebih menyedihkan ialah majoritinya adalah golongan remaja dan yg lebih teruk lagi adalah remaja Islam...menyedihkan betul r...ish3!!

Persoalannya,adakah mereka ini tahu siapa diri mereka?? Apa peranan mereka terhadap agama?? Apakah kekuatan mereka?? Adakah mereka tahu?? Atau mungkin tidak tahu ape2 pown...sodey bonar r rasonyo...

SIAPA REMAJA SEBENARNYA??

Remaja merupakan aset yg plg penting dalam memperjuangkan dan menegakkan agama Allah.Golongan ini memang golongan yg sgt diperlukan.Seperti di dalam post yg lps,ana telah menyebutkan permintaan Saidina Umar r.a iaitu beliau berkeinginkan pemuda2 seperti Abu Ubaydah dan Muaz bin Jabal utk dihantar ke jalan Allah.Secara kesimpulannya,golongan muda sebenarnya adalah pendukung kpd kekuatan umat Islam sebenar.Tak percaya???

Cuba kita lihat keadaan sekarang,bagaimana keadaan remaja Islam?? Ada yang merempit,ada yang merokok,ada yg membunuh,ada yg cuba 'membunuh' diri mereka sndiri...trlalu truk keadaan remaja Islam hari ini.Hal ini kerana agenda Yahudi telah berjaya mempengaruhi golongan muda seperti ini sehingga mereka jauh drpd Islam.Masya Allah!!! 

KEKUATAN SEBENAR PEMUDA

Peristiwa ini berlaku ketika zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khatab r.a.Ketika mana tentera Islam di bawah pimpinan Amru bin Asr ingin menakluki Mesir.Pada ketika itu,tentera mereka tidak ramai kerana ada yang terkorban ketika peperangan menentang Parsi.Oleh itu,Amru bin Asr mengutus utusan utk meminta bantuan ketenteraan drpd Amirul Mukminin.

Dikumpulkan segala tentera drpd kawasan taklukan kerajaan Islam waktu itu.Akan tetapi,jumlah mereka hanya 3000 sahaja sedangkan Amru bin Asr meminta tentera seramai 5000 orang.Saidina Umar r.a mengantar utusan kpd Amru bin Asr,

"BERJUANGLAH KAMU KERANA SETIAP SEORANG DRPD MEREKA MEWAKILI 1000 ORANG".

Mendengarkan utusan itu,Amru bin Asr bersemangat lalu meneruskan misi penaklukan dan akhirnya Mesir berjaya ditakluki oleh negara Islam.

Dalam kisah di atas,kita dapat lihat bahawa kekuatan sebenar seorang pemuda memang sangat luar biasa.Terlalu Luar Biasa!! Kalau kita tengok balik,kadang2 kita sndri tdak mengetahui kekuatan diri kita yang sebenar.Begitu juga dgn Amru bin Asr yang pada mulanya tidak perasan akan perkara ini tetapi alhamdulillah seorang pemimpin berjaya membaca kekuatan sebenar tenteranya yang kebanyakannya adalah remaja.

JANGAN MUDAH TERTIPU
Wahai remaja,ingatlah!!! Kamu adalah pembawa agama Allah.Kamu juga adalah khalifah dan hamba dalam satu masa.Jangan kamu tertipu dgn helah musuh2 Islam sehingga kamu buta akan hakikat kehidupan.Cintailah Allah Tuhanmu!! Cintailah Muhammad Nabimu!!! Cintailah Al-Quran Imammu!! Cintailah Ibu Bapamu!! Cintailah Saudara Seagamamu!! Cintailah Agamamu!! Jangan kamu gentar bertempur di medan perang kerana Allah sentiasa bersama dengan kamu.LA KHAUF YA AKHI,YA UKHTI!!!! ALLAHU AKBAR!!!!

Saturday 3 September 2011

Kenapa kami???

Ada seorang sahabat dtg bertanya kpd ana,"Ya akhi,knp blogspot anta gunekan term 'Kami'?? Knp xgne 'saya' atau 'ana' yg merujuk kpd anta??".


Jawapan ana mudah sahaja.Perkataan KAMI itu ada maksud yg tersendiri iaitu:


Kita Anak Muda Islam

Kenapa ana fokuskan kpd pemuda Islam?? Kenapa anak xgolongkan kpd org2 tua sekali?

Cuba kita ingat kembali peristiwa ini. 


Saidina Umar r.a bersama para sahabat duduk bersama di dalam sebuah bilik.Kemudian,Saidina Umar r.a berkata kpd seorang sahabat,"Buatlah permintaan,".


Sahabat tadi pun menjawab,"Aku ingin bilik ini dipenuhi dgn emas yg begitu banyak lalu aku sumbangkan kesemuanya ke jalan Allah,".


Kemudian,Saidina Umar bertanya kpd seorang lagi sahabat,"Buatlah permintaan,".


Sahabat itu pun menjawab,"Aku inginkan bilik ini dilimpahi dgn berlian dan permata lalu aku sumbangkan kesemuanya ke jalan Allah,".


Kemudian,sahabat bertanya kpd Saidina Umar soalan yg sama.Kemudian,Saidina Umar r.a menjawab,"Aku inginkan bilik ini dipenuhi oleh PEMUDA seperti ABU UBAYDAH dan MUAZ BIN JABAL lalu aku hantar kesemuanya ke jalan Allah,". 


Daripada di atas,jelas mengatakan bahawa golongan muda atau remaja ini sebenarnya sesuatu yg amat diperlukan dlm Islam.Biarpun kita mempunyai berjuta-juta ringgit,emas menimbun dan sebagainya utk dihantar ke jalan Allah,itu masih belum cukup utk membawa agama Islam.Itulah juga masalah yg berlaku di negara-negara Arab seperti Iran.Mereka ada harta utk disumbangkan dan mereka boleh lengkap dgn senjata tp mereka tiada golongan belia yg bersedia utk membawa Islam.


Persoalannya,kenapa remaja??


Semangat seseorang remaja itu kuat dan apabila mereka berkeinginkan sesuatu,pasti mereka akan bersungguh2 utk mendapatkannya.Semangat dalam dalam jiwa seorang remaja memang luar biasa.Sebagai contoh,Sultan Muhammad al-Fateh pernah berkata,


"Dalam diri aku ini ada 2 sifat.Aku boleh jadi keras spt batu dan aku juga boleh jd lembut spt air.Aku menjadi keras ketika mana apabila aku menginginkan sesuatu,aku akan menggunakan pelbagai cara sekalipun asalkan matlamat aku tercapai.Aku juga boleh jadi lembut spt air yakni swak2 aku berdoa dan beribadah kpd Allah,".


Golongan belia dan remaja juga telah banyak mencipta sejarah dan antara pemuda2 islam itu ialah:

  1. Musab bin Umair-pemegang panji sewaktu perang Uhud tetapi akhirnya terkorban syahid.
  2. Saidina Ali-kanak-kanak pertama memeluk Islam.Keberanian beliau terbukti ketika beliau   menggantikan tempat Nabi Muhammad s.a.w  sewaktu peristiwa Hijrah.Khalifah keempat drpd Khulafa ar-Rashidin
  3. Sultan Muhammad Al-Fateh-pembuka Kota Constantinople dan merupakan sebaik-baik pemimpin.
  4. Salahuddin al-Ayyubi-membebaskan Palestin drpd taklukan tentera Salib.
Mereka ini telah berjaya mencipta sejarah.Kini,tibalah masa untuk pemuda seperti kita untuk mencipta sejarah dan mengulangi sejarah tertegaknya khilafah di atas bumi Allah ini.Jadilah sebaik-baik remaja untuk agama.Allahu Akbar!!!!










Wednesday 31 August 2011

Back to Our Fitrah!!!

Alhamdulillah setelah selesai berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan,akhirnya kita tiba di bulan Syawal,di mana pada bulan ini kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri...alhamdulillah...

Apa yg ana ingin kongsikan di sini ialah definisi Aidil Fitri itu sndri iaitu kembali kpd fitrah.Apakah maksud di sebaliknya???

Kita lihat kpd asal manusia iaitu ketika seseorang itu masih lagi bayi.Kita tahu bahawa bayi diibaratkan spt sehelai kain putih dan ibu bapanya yg akan membentuk anak sama ada Islam,Yahudi mahupun Nasrani.

Apa yg ana ingin tekankan adalah ketika di sepanjang bulan Ramadhan ini,adakah Allah telah mengampunkan kesemua dosa kita ataupun tidak diampunkan langsung?? Adakah kita keluar dri bulan Ramadhan dan kembali kpd fitrah asal iaitu suci??

Ketika mana Rasulullah hendak naik ke mimbar utk menyampaikan khutbah,baginda menyebut perkataan 'amin' sebanyak tiga kali ketika baginda ingin menyampaikan khutbah.Selesai khutbah dan solat,sahabat bertanya,

  "Ya Rasulullah,knp kau menyebutkan perkataan 'amin' tadi??"

Baginda menjawab,

  "Sewaktu aku naik ke mimbar tadi,Jibrail a.s tlah dtg kpdku.Di tangga yang pertama,Jibrail berdoa bahawa celakalah orang yg apabila keluar dari bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak diampunkan lalu dicampakkan ke api neraka,".

  "Tangga yg kedua pula,Jibrail berdoa agar dicelakakan orang yg mempunyai kedua ibu bapa tetapi tidak berbakti kpd mereka,".

  "Tangga yg ketiga,Jibrail berdoa bahawa celakalah orang yg mendengar namaku tetapi tdk disambut dgn selawat,".

Sempena Hari Raya yg mulia ini,marilah kita memuhasabahkan diri kita kembali.Di samping kita bergembira di hari yg penuh kemuliaan ini,cuba kita tnye diri kita,adakah kita termasuk dlm golongan yg pertama td??? Fikir-fikirkanlah....akhir kata,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI!!

Friday 26 August 2011

Rabitah Hati(Based on Doa Rabitah)


Hati Ini Telah Bersatu
Berkumpul Di Perut Bumi-Mu
Hati Ini Telah Berpadu
Bersatu Memikul Beban Dakwah-Mu

            Hati Ini Telah Mengikat Setia
            Untuk Mendaulat Untuk Mendokong
            Syariat-Mu Di Alam Maya
            Maka Ya Allah Eratkanlah Ikatan Yang Ada

Kekalkan Kemesraan Yang Ada
Tunjukkan Jalan Yang Benar
Terangkanlah Dengan Cahaya-Mu
Tiada Malam Terangi Alam-MU


     Hidup Suburkanlah Dengan Makrifat-Mu
            Tapi Jika Ingin Mematikannya
            Matikanlah Sebagai Syuhada
            Dalam Perjuangan Menegakkan Agama Mulia



(Budak MRSM Beseri pasti ingat lagu ni...)



Thursday 25 August 2011

Awas!! Minda anda dalam bahaya wahai umat Islam!!!


Ramai hari ini yang mungkin xsdar bahawa serangan pemikiran yg dirancang atau yg telah diaturkan oleh yahudi dan nasrani tlah berjaya msk dan tertanam dlm jiwa umat islam hari ni...ana harap video ni akan bukak mata shbt semua agar antum dan antumna sume sdar akan bahayanya ghwazul fikr...slamat menonton:-)

Wednesday 24 August 2011

Pesanan Khulafa' Ar-Rasyidin


1)Saidina  Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:  

· Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
 

· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;

· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;

·
Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .

2)Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata : 
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. 

· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

3)Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci 

· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah 

· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) 

· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah

· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

4)Saidina Ali  r.a  berkata : 

· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.

· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

· Tiada kebaikan bagi orang yan
g
berilmu tanpa memiliki sifat wara’ (memelihara diri & 
hati-hati dari dosa).

· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
 
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati
.

Tuesday 23 August 2011

Pesanan As-syahid Imam Hasan Al-Banna


Mengapa doa ditolak??

Ibrahim bin Adham ditanya oleh seseorang : “Wahai Guru! Allah telah berjanji dalam kitab-Nya bahawa Dia akan memakbulkan doa hamba-Nya. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dimakbulkan?” . Beliau terdiam sejenak lalu berkata, “Saudara sekalian. Ada sepuluh hal yang menyebabkan doa kalian tidak dijawab oleh Allah.
1. Kamu mengenal Allah, namun tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak mau
mengamalkan isinya.
3. Kamu mengakui bahwa iblis adalah musuh yang sangat
nyata, namun dengan suka hati kamu mengikuti jejak
dan perintahnya.
4. Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kamu suka
meninggalkan ajaran dan sunnahnya.
5. Kamu sangat menginginkan syurga, tapi kamu tak pernah melakukan amalan ahli syurga.
6. Kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kamu dengan senangnya sibuk dengan perbuatan ahli neraka.
7. Kamu mengaku bahwa kematian pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.
8. Kamu sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan kamu sendiri.
9. Kamu setiap hari memakan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukuri nikmat-Nya.
10.Kamu sering menghantar jenazah ke kubur, tapi tidak
pernah menyedari bahawa kamu akan mengalami hal
yang serupa.”

TASAWUF TARBIYYAH ISLAMIAH


DEFINISI TARBIYYAH 
Sesuatu langkah yang terbaik yang mampu berinteraksi bersama fitrah manusia dikemukakan samada arahan secara langsung ( perkataan ) atau tidak secara langsung ( قدوة ) bertujuan mengubah ke arah yang lebih baik melalui dan menepati minhaj dan wasilah yang tertentu .

MATLAMAT TARBIYYAH ISLAMIAH


Tarbiyyah Islamiah mempunyai tujuan –tujuan asas dan kepentingannya yang tersendiri .Di antara matlamat tersebut :
1)Pengabdian diri kepada Allah 

 Firman Allah:وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون الذاريات 56
Maksudnya : “ Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk melakukan ibadah kepadaKu”

2)Menjadi khalifah Allah di muka bumi:-
Firman Allah :اني جاعل في الأرض خليفة البقره 30
Maksudnya : “Sesungguhnya Aku menjadikan seorang khalifah di muka bumi ”

3)Taaruf di kalangan manusia:-

Sebagaimana Allah berfirman : يأ يها الناس انا خلقناكم من ذكر وانثى وجعلناكم شعوبا وقبا ئل لتعارفوا ان اكرمكم عند الله اتقاكم الحجرات 30 Maksudnya : “Wahai manusia Aku menjadikan kamu lelaki dan perempuan serta berbangsa –bangsa dan berpuak –puak supaya kamu saling kenal mengenali di antara satu sama lain ”
Faktor di atas merupakan matlamat asas kepada Tarbiyyah Islamiah dan di sana masih banyak lagi matlamat –matlamat lain mengikut pendekatan wasilah tarbiyyah yang dibawa .

FAKTOR KEJAYAAN TARBIYYAH
1) Keyakinan yang teguh , bahawa tarbiyyah adalah satu–satunya wasilah yang dapat mengubah masyarakat dan seterusnya membentuk petugas dakwah supaya dapat bergerak dalam masyarakat .

2) Adanya Manhaj Tarbiyyah yang mempunyai matlamat tertentu , perancangan –perancangan yang tertentu , sumber yang jelas , bersifat syumul dan mempunyai kaedah dan pendekatan yang berbagai di mana ianya ditegaskan di atas falsafah kefahaman yang terang dan dicedok terus dari ajaran Islam yang tulen .

3) Dijawat sebilangan Murabbi yang Ikhlas , berkemampuan dan amanah dalam melakukan tugas mereka .
Dengan adanya faktor –faktor kejayaan tersebut pasti akan lahir satu ketamadunan manusia yang bersifat rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak, mengumpulkan antara ilmu dan iman, antara kebendaan dan maruah, mengimbangi antara dunia dan akhirat di samping menjaga nilai dan kehormatan manusia .

CIRI –CIRI TARBIYYAH ISLAMIAH

Antara keistimewaan Tarbiyyah Islamiah itu mempunyai beberapa ciri khusus yang tidak terdapat pada sistem tarbiyyah yang lain , kerana ia merupakan satu bentuk tarbiyyah yang diasaskan di atas prinsip aqidah yang mendapat suluhan dari Wahyu Ilahi . Antara ciri tersebut ialah :

1)Ketuhanan (Rabbani)
Ciri Ketuhanan atau Keimanan dalam Tarbiyyah Islamiah merupakan ciri terpenting kerana tujuan utama dari pendidikan Islam adalah membentuk manusia yang beriman kepada Allah .Hakikat Keimanan bukanlah hanya kata –kata yang diucap dengan lidah semata –mata .Tetapi ianya merupakan suatu hakikat yang meresap ke dalam akal , mempengaruhi perasaan dan menggerakkan kemahuan , bahkan ianya merupakan keyakinan hati yang dibuktikan kebenarannya dengan amal perbuatan .
Firman Allah :انما المؤمنون الذين امنوا بالله ورسوله ثم لم ير تابو ا وجاهد و ا با موالهم وانفسهم في سبيل لله اولئك هم الصا دقون الحجرات 15
Maksudnya : “Sesungguhnya orang –orang yang beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul kemudian mereka tidak ragu –ragu serta mereka berjuang dengan harta benda mereka pada jalan Allah , mereka itulah orang benar.”

Sesungguhnya tunggak Tarbiyyah Rabbaniah adalah hati yang hidup .Sentiasa berhubung dengan Allah , meyakini pertemuan denganNya dan hisab , mengharapkan rahmat dan takut kepada siksaan , kerana hakikat manusia adalah terletak pada kebersihan jiwa dan kesejahteraan hatinya .

2)Sempurna dan lengkap
Di antara sifat –sifat Tarbiyyah Islamiah itu yang mana ianya mestilah syumul sebagaimana syumulnya Islam .Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek kerohanian dan akhlah sahaja, seperti penumpuan yang dinyatakan oleh bidang tasauf dan akhlak tanpa menafikan bahawa itu juga adalah wajib
Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek mengemukakan teori akliah ( عقليه ) sahaja seperti penumpuan yang dibincangkan oleh ahli falsafah, dengan menyedari bahawa akal juga mempunyai peranannya, meliputi roh dan jasad, hati dan akal, akhlak dan sikap, yang menjadi bekalan di masa senang dan susah, gembira dan derita, damai dan perang yang memungkinkan seorang itu menghadapi
segala cabaran dalam diri dan masyarakat.
Oleh itu, Tarbiyyah mestilah meliputi Tarbiyyah Rohaniyyah, tarbiyyah Ijtima’iah dan sebagainya berdasarkan kesyumulan Islam dalam aspek akidah dan kaedah, syariah dan nizam (نظام)

3)Kesederhanaan (الوسطية ) dan Keseimbangan
Kaum muslimin merupakan umat pertengahan di kalangan umat , dan Islam agama pertengahan di antara agama yang lain .Ahli Sunnah merupakan golongan pertengahan di antara firqah .Oleh itu , pemuda –pemuda Islam mestilah menjaga keseimbangan antara akal dan perasaan , antara benda dan roh , antara teori dan praktik , antara individu dan masyarakat , antara mesyuarat dan taat .
Sesuai dengan ini Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 143:
Maksudnya: Dan demikianlah Kami jadikan kamu suatu ummah pertengahana supaya kamu menjadi saksi (Pemberi keterangan ) kepada manusia dan rasul menjadi saksi kepada kamu.

Justeru, tarbiyah Islamiyah amat mementingkan masalah kesederhanaan dan keseimbangan mendidik individu dan masyarakat muslim bagi melahirkan sesuatu generasi mukmin yang terbaik serta terpilih sebagai tentera agama Allah ini.

4) Al-Ukhuwwah Al-Islamiyah
Tarbiyah Islamiyah yang mengutamakan persoalan persaudaraan. Addaiyah Al-Islamiyah Abdullah Al-Khatib pernah menyebut dalam memperkatakan konsep Al-Ukhuwwah itu, antara lain katanya:
Al-Ukhuwwah dalam Islam bukanlah semata-mata percakapan di lidah sahaja atau biukanlah ia sesuatu percakacapan yang kosong semata-mata , tetapi ia merupakan ikatan hati dan jiwa melalui ikatan yang paling mahal daripada ikatan yqang lain dan ukhuwwah itu saudara kepada keimanan, manakala perpecahan itu saudara kepada keekufuran dan kekuatan utama umat Islam adalh berpunca daripada kekuatan perpaduan sedangkan perpaduan(وحدة) ini tidak lahir melainkan wujudnya kasih sayang yang semata-mata kerana allah dan sekurang-kurangnya peringkat ukhuwwah itu berlapang dada manakala setinggi-tinggi ialah mengutamakan sahaabtnya lebih dari diri sendiri.

PEMBAHAGIAN TARBIYYAH ISLAMIYAH
Di antara sifat-sifat khusus tarbiyah Islamiyah hendaklah tarbiyah tersebut melaksanakan ke semua aspek kehidupan manusia demi melahirkan suatu umat pilihan yang terbaik untuk membersihkan muka bumi Allah ini daripada segala bentuk penyelewengen. Allah berfirman dalam surah Al-Imran ayat 110:
Maksudnya: kamu adalah sebaik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari melakukan kemungkaran.

1)Tarbiyah Ruhiyyah
Persoalan roh dalam Islam mempunyai kedudukasn yang tinggi di sisi Allah SWT, walaupun manusia mempunyai kejadian yang hampir sama dengan makhluk lain dari segi pembentukan anggota badan dan kehidupan, namun manusia mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat padqa makhluk yang lain di mana Allah meniupkan roh kepada kejadian manusia seterusnya menjadikan manusia makhluk yang unggul dan mempunyai kemuliaan di sisi Allah berbanding dengan makhluk yang lain.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Hijr ayat 29:
Maksudnya: Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadian serta aku tiupkan padanya roh dari ciptaan-Ku, maka hendaklah kamu tunduk merendahkan diri pada-Nya.

Oleh itu, Islam memberikan penumpuan yang serius dalam mendidik rohani kerana melalui pendidikan inilah yang akan bertunjangnya keimanan yang mendalam dan aqidah yang kukuh di dalam seorang muslim. Di antara amaln yang boleh memberi peningkatan dan kesuburan di dalam pembersihan rohani adalah seperti solat pada waktu malam ( قيام الليل ) serta melakukan amalan-amalan sunat yang lain.

2)Tarbiyyah Ahklaqiyyah
Pendidikan akhlak menjadi tunggak kepada pembentukkan peribadi muslim. Dan syarat utama untuk melakukan perubahan di dalam masyarakat. Sememangnya masyarakat tidak mahu melihat pendukung agama Allah yang buruk syakhsiah samada dari segi percakapan atau perbuatan di dalam menjalankan kehidupan seharian.

Untuk melakukan perubahan yang besar itu, maka beberapa sudut perlulah diberi perhatian yang serius bagi menentukan berjaya atau tidaknya tarbiyyah ini :

a) Ilmu
Syakhsiah yang soleh dan mustaqimah merupakan kehasilan daripada ilmu. Manakala ilmu pula mempunyai hubung kait yang rapat dengan masalah keimanan. Allah berfirman :

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين اوتوا العلم درجات ( المجادلة 11 )
Sayyidina Umar pernah berkata : Perdalamilah ilmu pengetahuan sebelum kamu dijadikan pemimpin.

b) Taat menjadikan Rasullullah sebagai ( قدوة ) .
Rasulullah s.a.w merupakan ( أسوة حسنة ) dan ( صالحة ) kepada manusia semua zaman dan tempat. Oleh itu tengoklah firman Allah :
لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الاخرة واذكر الله الاحزاب – 21

Pendakwah adalah orang yang sepatutnya mencontohi peribadi Rasulullah dalam semua aspek dan situasi samada dalam perkara ibadat, tawaddo’ (تواضع ) lemah lembut atau perkara yang berkaitan dengan syariat Allah.

c) Al-Aamirun Bilma’ruf Wan-Nahyu ‘ani-lmunkar.
Ia merupakan satu taklif daripadaAllah yang muncul dan terbit daripada Kitab Allah, As-sunnah dan Ijma’ itu sendiri.Firman Allah :

كنتم خير أمة اخرجت الناس تأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ( ال عمران 110 (

Di dalam ayat di atas Allah menyebut beberapa ciri umat Islam, iaitu suatu umat yang beriman kepaad Allah, melakukan amal ma’ruf dan Nahyu ‘anil-munkar, dikeluarkan oleh Allah untuk melakukan kebaikkan di atas muka bumi dan melakukan dakwah terhadap seluruh manusia sama ada kafir musyrik atau derhaka selepas beriman.

3)Tarbiyyah ‘Uquliyyah
Tarbiyyah ‘Uquliyyah merupakan suatu bentuk pendidikan yang memberi pandangan serius terhadap ‘akal manusia dalam memberi pengisian dan menyediakan perkara-perkara yang mampu menyuburkan dan meyempurnakan akal fikiran tersebut sehinggalah ia berkemampuan melihat dan mengamati sesuatu dan seterusnya membuat suatu penganalisa dan pengajaran dalam perkara tersebut. Menyedari hakikat bahawa akal merupakan sebesar-besar nikmat Allah kepada manusia maka Islam menitikberatkan persoalan tarbiyyah itu dapat dilaksanakan melalui berbagai cara:

i- Membebaskan dan membersihkan akal daripada penyelewengan dan perkara-perkara khurafat.
ii- Merangka suatu program/ manhaj yang soleh bagi mentarbiyyah akal fikiran.

Antara wasilah-wasilah tersebut ialah :

a) Menyeru akal mengambil sebab-sebab ke arah keimanan.
b) Menyeru akal supaya pemerhati dan pemikir hikmat Allah dalam kejadian dan sistem peredaran dunia.
c) Menyeru akal supaya memikirkan tentang hikmat Allah dalam tasyri’ dan perundangan.

4) Tarbiyyah Jismiyyah
Tarbiyyah jismiyyah bermaksud mengorbankan usaha dalam mendidik kecenderungan manusia terhadap pertumbuhan dan kecerdasan tubuh badan serta pergerakkanya, menyusun dan menentukan bentuk-bentk pertumbuhannya samada yang berbentuk individu ataupun jamaie (secara ramai) sehingga kecerdasan tubuh dan pergerakkan yang lahir dari didikan tersebut akan memungkinkan seseorang menunaikan segala tugas dan tanggungjawab ke arah yang lebih baik.

Antara tujuan asas tabiyyah jismiyyah :
a) Kesihatan badan dan terhindar dari penyakit. Kesihatan badan mempunyai pengaruh terhadap jiwa dan akal. Tubuh yang lemah tidak mungkin dapat melakukan tugas ibadat dan dakwah dengan baik.
b) Kekuatan jasmani sekadar sihat dari penyakit adalah tidak mencukupi, malah badan mestilah mempunyai kekuatan untuk sanggup bergerak dengan cepat dan mudah.
Rasulullah bersabda :

المؤمن القوى خير واحب الى الله من المؤمن الضعيف

5)Tarbiyyah Ijtia’iyyah
Tarbiyyah ijtima’iyyah bermaksud menjelaskan dan menentukan secara halus kedudukan atau pendidikan seseorang dalam suatu masyarakat di mana ia hidup bersamanya menjelaskan hubungan manusia dengan alam persekitaran, menggaris dan menentukan kaedah serta peraturan kemasyarakatan. Ini bertujuan mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat, melazimkan manusia melalui peraturan tersebut ke arah mentaqarrub diri kepada Allah,seterusnya untuk mencapai kemaslahatan dunia dan akhirat.

Amal untuk kebaikkan masyarakat merupakan sebahagian dari misi seorang muslim di dalam kehidupan. Al-Quran menunjukkanmisi dalam beberapa bidang, di antaranya ialah :
1) Bidang yang mengatur hubungan dengan Allah iaitu ibadat
2) Bidang yang mengatur hubungan dengan masyarakat iaitu amal kebaikan.
3) Bidang yang mengatur hubungan dengan musuh iaitu jihad.

Wasilah Tarbiyyah

Antara wasilah tarbiyyah yang utama ialah mrngadakan hubungan yangberkesan dengan kitab Allah, membaca, mengkaji dan memahami secara terperinci kerana ia akan membuka pintu hati dan menyuluh cahayanya ke setiap ruang kehidupan muslim. Sesungguhnya cahaya yang menerangi kegelapan, petunjuk kepada kesesatan, ubat yang menyembuhkan penyakit dan roh yang menghidupkan jiwa yang mati.

Begitu juga seseorang itu perlu sentiasa mengadakan hubungan yang rapat dengan sirah Rasulullah s.a.w. Antara lain ulama’ Islam telah menggariskan beberapa bentuk tarbiyyah, antaranya ialah nizam halaqah, muqayyam ( مقيم ) dan sebagainya. Kesemua wasilah tersebut mempunyai hubungkait di antara satu sama lain



PENUTUP


Diharapkan semoga para sahabat sekalian telah memahami serba sedikit mengenai tarbiyyah.Ana harap ilmu yg diperolehi ini disampaikan dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita selaku daie dan hamba Allah yg sejati.Insyallah...


Sunday 14 August 2011

Adakah Kau Lupa???


Ini adalah sejarah kita...kita bukan golongan yg lupakan sejarah dan kita pasti akan mengulanginya....!!! Allahu Akbar!!!

Saturday 13 August 2011

Tarbiyyah Ramadhan:Perbetulkan yang Biasa,Biasakan yang Betul


"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu drpd kamu,agar kmu bertakwa,".
                                                                                                      Surah al-Baqarah,2:183.

Situasi 1:
Ali: Mak,Ali nak tnye ley??
Mak: Tnyelah...
Ali: Knp kte kne pose??
Mak:Lau xpose,xley raye...

Situasi 2:
Abu: Wei,xnk g solat jemaah maghrib ke??
Amir: G r dlu...ak terawih kang bru ak g...lau xg terawih kang,org kte ape lak...

Situasi 3:
Akmal: Wei,masjid 2 ada wt tadarus r...jom r g...
Man: Alah,itu ble2 ley g...ni nk dkt rye ni...shopping dlu r

Sahabat2 ana sekalian,inilah realiti yg berlaku dalam masyarakat kita setiap kali menjelangnya Ramadhan...inilah antara dialog yg plg femes ketika berada di bulan Ramadhan al-Mubarak...

Dalam situasi 1,lau antum sume ingt blik wk2 antum kcik2 dlu,dialog ni r yg kte slalu dgr...Bkn nk kte slh mak kte mengasuh tetapi apabila kita sudah dikatakan sebegini drpd kcik,mind set kita berpuasa akan bertukar...Knp?? Krna kita diajar bahawa puasa 2 bkn krana Allah tetapi krana nak raya!!! Masya Allah!! Tiada keikhlasan atau kemanisan sebenar dalam berpuasa...ble tiada Allah dlm puase mereka,mereka akan merasa benci ketika tibanya bulan yg diberkati ini...

Dalam situasi kedua,Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

              "Bersolatlah kamu di mana tempat azan dilaungkan,".

Yang sedihnya,masyarakat kita hari ini pergi solat terawih kt msjd tapi solat fardhu duk kt blik...alasan yg sering diberikan ialah solat fardhu xg msjd orang xksh tp lau solat terawih xpegi,orang ngate...tnye diri kite kmbali,kite ni bertuhankan spe sbnrnye?? Allah ke manusia??? Mmg solat fardhu kt msjd orang xksh tp ALLAH KISAH!! 

Kalau kita lihat drpd situasi 3,masyarakat kita snggup berbaris pnjg,berjalan kaki jauh2,meredah traffic jam dan sebagainya semata-mata utk bershopping...alangkah sedihnya ana apabila masjid2 tdk dikerumuni org sebagaimana manusia hari ini mengerumuni Sogo dan Jalan TAR...di penghujg Ramadhan lg dasyat!! msjd lengang trus!!! tdkkah terdetik dlm ati kte rse rugi coz kte xdpt malam Lailatul Qadr?? Xsdey ke hati kite ble tgk orgn lain tkun beribadah?? Xsdey ke ati bilamana Jibrail prnh berdoa bahawa CELAKALAH ORANG YG APABILA KELUAR DRPD BULAN RAMADHAN TAPI TIADA KEAMPUNAN?? Ni yg kte mahu?? Tnye dlm2 hati kite wahai sahabat sekalian!!! Ya Akhi!! Ya Ukhti!!! Siapa yg berani jamin yg kte akn dpt Ramadhan thun dpan?? Tiada siape...

Ana nk tkankn kt cni...jgn biarkan ibadah kita bertukar menjadi adat disebabkn kte rse malu kpd org sekeliling tp malu r dgn Allah krna kte ini adalah khalifah...perbaiki kesilapan antum semua...insya Allah:-)
Jazakallahu khair

Masa Untuk Mengulangi Sejarah



Dua video terbaik...lihatlah dgn mata hati....

Kenapa kita wujud??

Hari ini manusia sibuk berkejar ke sana ke mari...Yelah,masing2 sibuk dgn urusan masing2.Ada yg bekerja,ada yg belajar,ada yg berbuat kebaikan dan ada juge yg brbuat kejahatan.Macam ana sndri,sibuk dgn s2dy,assignment lg...mklum r student...

Hari ini,ana hendak mengambil sedikit sahaja masa drpd pembaca semua,di sebalik kesibukan kita dalam kehidupan seharian kita,pernahkah kita terfikir,apa tujuan kita dijadikan??? Adakah semata-mata utk mengejar harta dunia atau sekadar beribadah atau mungkin kita diciptakan tanpa apa2 tujuan?? Kalau betul r Allah ciptakan kita tanpa tujuan,wtpe Allah cipta kita?? Wt abeh bogheh jo...

Sebenarnya para pembaca yg ana hormati sekalian,Allah tlah menjawab pertanyaan kita di dalam al-Quran iaitu di dalam:-

  1. Surah Al-Baqarah ayat 30 yg bermaksud: 
           " Dan ingatlah ketika Tuhan berfirman kepada Malaikat,"Sesungguhnya Aku akan melantik khalifah di bumi,".


     2.   Surah Al-Dzariyyat ayat 56 yg bermaksud:

           "Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan utk menyembah Aku,".

Baiklah,ana akan ulaskan satu persatu...

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 30,Allah berkata di hadapan semua malaikat bahawa Allah ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi dan khalifah itu adalah kita,manusia...cuba kita hayati,seperti yg semua orang tahu,asal kejadian manusia yakni kejadian Nabi Adam A.S adalah drpd tanah...lau kita tgk hari ini,tanah ni orang xpndg pown coz tanah ni duk kne pijak slalu dan tanah ni juge dianggap kotor. Alangkah sayangnya Allah kpd kita,drpd tanah yg hina itu,Allah bentuk jasad dan dihembuskan roh ke dalamnya dan sempurnalah ciptaan Allah yg trindah iaitu manusia...Lihat rakan-rakan,drpd tanah yg kotor,kemudian wujud generasi drpd air yg hina,akan tetapi Allah mengangkat martabat kita sbg khalifah di muka bumi utk memakmurkan bumi ini...alhamdulillah ya Allah...

Kita beralih kpd surah Az-Dzariyyat ayat 56. Di dalam ayat ini,Allah cuba menyampaikan kpd kita bahawa tujuan kedua manusia diciptakan adalah utk mengabdikan diri sepenuhnya kpd Allah. Manusia dan jin itu diciptakan hanya utk menyembah Allah yg esa...

Hebatkan Allah?? Allah cipta kita dan dalam hati kita Allah jadikan kita dalam dua sifat iaitu pemerintah dan hamba...Kalau ikutkan logik akal,mana boleh seorang raja mampu menjadi seorang hamba pada sesuatu masa?? Jangan risau,Allah tahu kita mampu melakukan kerana Allah,Dialah yg menciptakan kita dan memberi kita segala-galanya...Hayatilah bersama:-)