Wednesday 7 December 2011

Islam Hanya pada Sekeping Kad


"Ahmad bin Abu,konfem Islam"...
"Jaafar bin Muhammad...nama pun memang nama Islam..."
"Zakaria bin Ali...tak payah tengok orang boleh tau Islam ni..."

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya,kita semua masih menikmati kehidupan yang sementara.Alhamdulillah...

Rakan-rakan sekalian,
Ana rasa majoriti di kalangan kita hari ini beragama Islam kerana keturunan kita Islam.Bapa kita Islam,ibu kita  Islam dan kita kemudiannya lahir di dalam Islam.Akan tetapi,ramai juga di antara kita yang tidak hidup sebagai orang Islam.Percaya tak??

Sebagai contoh,seorang perempuan beragama Islam tetapi pakaian dan tingkah lakunya tidak melambangkan seorang muslimah sejati.Tidak terlepas juga kepada lelaki.Lelaki pun apa kurangnya.Nama sahaja Islam tetapi  pakai 'short' sahaja apabila keluar rumah dan tidak menutup aurat.Belum masuk bab akhlak yang lebih dalam lagi.Memang sukar hendak digambarkan keadaan umat Islam pada hari ini.

Persoalan yang sering bermain di fikiran ana ialah apakah mereka merasakan hanya nama mereka sudah cukup untuk membuktikan mereka Islam?? Bagi ana,nama sahaja belum cukup tetapi apa yang paling penting ialah apa yang kita perjuangkan untuk Islam dan hidup kita untuk Allah.

Buka mata kalian semua,hari ini,berapa ramai orang bukan Islam sibuk mencari agama sebenar??

Hari ini berapa ramai orang bukan Islam mencari kebenaran yang hakiki??

TERLALU RAMAI!! Mereka seperti anak kecil yang mencari ibunya untuk mendapatkan susu.Mereka mencari kemanisan yang sebenar iaitu Islam sebagai agama yang sejati.Akan tetapi,berapa ramai orang Islam yang berbuat demikian?? Tidak ramai orang Islam yang cuba mencari Islam bahkan mereka rasa sudah cukup  apa yang mereka perolehi selama ini....

Sidang pembaca yang dimuliakan Allah sekalian,
Sedarlah siapa kita di bumi Allah ini.Bangunlah dari lena yang panjang wahai umat Islam.Adakah kalian mahu kalian dikenali sebagai seorang Islam hanya di kad pengenalan dan di batu nisan pada pusara kalian?? Sudah tentu tidak.Di sini,ana mengingatkan diri ana dan semua pembaca,marilah kita cari hakikat Islam yang sebenar.Carilah Islam,dekatkan diri dengan Islam agar kita dekat dengan Allah...Waallahua'lam....

No comments:

Post a Comment