Sunday 4 December 2011

Korbankan Cintamu kerana Cintamu itu Hanya untuk Pencinta Teragung




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan penulisan ana di dalam blog ini...alhamdulillah

Lebih kurang dua minggu lepas,ketika sesi pembentangan usrah di kolej ana,seorang sahabat telah menceritakan kepada kami,nuqaba' sekalian mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s menyembelih Nabi Ismail a.s sebagai korban.Mungkin ramai yang tahu mengenai peristiwa bersejarah ini tetapi mungkin ramai yang tidak mengetahui hikmah daripada peristiwa itu.

Salah satu hikmah yang ana rasa telah ramai yang tahu iaitu peristiwa yang membawa kepada ibadah korban setiap kali menjelang Aidil Adha.Akan tetapi,terdapat satu lagi hikmah terbesar iaitu korbankan cinta kita yang mengatasi cinta Allah.Kenapa sahabat ana berkata begitu?? Sebenarnya,kelahiran Nabi Ismail a.s menyebabkan Nabi Ibrahim terlalu gembira dan teramat sayang akan anaknya itu sehingga sayangnya kepada Allah semakin berkurang.Ketika Nabi Ibrahim a.s hendak menyembelih anak kesayangannya itu,dengan izin Allah,Nabi Ismail a.s digantikan dengan seekor kibas di mana kibas itu diibaratkan sebagai cinta dunia yang perlu dikorbankan untuk mendapat cinta Pencinta Teragung iaitu Allah s.w.t....

Sahabat yang ana kasihi sekalian,jangan biarkan cinta kita kepada dunia melebihi cinta kita kepada Allah.Jangan biarkan kesibukan mencari cinta manusia hingga kita lupa mencari cinta Allah.Jangan biarkan cinta kita kepada harta membutakan mata kita daripada nur Yang Maha Pencinta.Jangan hancurkan hati Allah,Tuhan yang Maha Mencintai HambaNya.Kembalikanlah cintaMu itu untuk Allah dan berpada-padalah mencintai perkara yang sementara...Waallahua'lam....

No comments:

Post a Comment