Saturday 3 December 2011

Adakah Ujian Hidup Suatu Musibah???

Luahan Rasa Seorang Insan



"Ketika aku kecil,aku pernah menghidap asma yang melampau,
Sehingga aku tidak mampu untuk melakukan aktiviti lasak dan bersukan,
Macam orang lain....

Ketika aku hampir dengan peperiksaan UPSR,
Aku terlantar di rumah disebabkan demam denggi,
Separuh gila aku memikirkannya,
Masih adakah harapan untuk terus hidup??

Ketika aku di alam dewasa,
Aku sering kali sakit,
Tak tahu kenapa,
Bukan sahaja di sekolah menengah,
Malah sampai ke kolej pun masalah yang sama gak timbul,
Sakit itulah,sakit inilah...

Waktu aku tak dapat skor UPSR,
Aku dihina oleh pak cik aku sendiri,
Kononnya mak dengan ayah aku bukanlah graduan universiti,
Orang macam aku ini bukannya layak dapat 'straight A'...

Tapi semasa aku skor SPM,
Dia macam bencikan aku,
Seakan-akan aku buat salah yang terlalu besar,
Famili aku dengan famili dia seakan-akan bermusuh,
Aku tegur,dia berpaling muka daripada aku,

Kenapa aku lalui semua ini??
Adakah aku ini jahat sangat??
Adakah tidak ada lagi kasih sayang Allah terhadap aku??
Adakah Allah membenci aku??
Kenapa aku dilontarkan dengan terlalu banyak ujian sehingga aku menjadi terlalu tertekan...
Kenapa Allah pilih aku??

Suatu hari sewaktu di kolej,
Aku mendengar sebuah tazkirah yang disampaikan oleh seorang pelajar di situ berkaitan dengan ujian Allah,
Dia menceritakan tentang kisah Nabi Ayub a.s di mana Baginda dikurniakan harta serta anak yang ramai.Hidup Baginda terlalu bahagia sehinggalah datang ujian kepada Baginda.Baginda menderita kesakitan,anak-anak meninggal dunia dan sebagainya.Akan tetapi,baginda tidak pernah marah malahan tidak pernah mencemuh bahkan baginda terus berdoa dan berdoa kepada Allah...ketika itu hati aku merasa sebak...Sedangkan seorang nabi Allah,insan yang diangkat darjatnya di sisi Allah juga diuji,inikan pula aku,hamba yang dilumuri dosa...

Peristiwa itu membuatkan aku berfikir,
Siapa aku untuk menghalang ujian itu turun kepadaku??
Siapa aku untuk menahan hak Allah menguji aku??
Aku hanyalah hamba dan aku adalah milikNya...
Ketika itu aku menangis kerana aku menyesal di atas perbuatanku yang kerap kali menyalahkan takdir...
Tanpa aku sedari,
Ujian tersebut sebenarnya telah menyebabkan aku dekat dan dekat kepada Allah...
Ya Allah,terima kasih kerana Engkau telah memberikan ujian kepada hambaMu ini ya Allah!! Ampunkan aku Ya Allah!!! Terimalah taubat daripada kesilapan dan khilaf hambaMu ini ya Allah!!"

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,Allah tidak akan menguji kita sekiranya kita tidak mampu.Begitulah apa yang dikatakan oleh Allah di dalam Al-Quran.Allah menguji kita bukan untuk menyakiti kita semata-mata,tetapi menyuruh kita mendekatkan diri kepadaNya.Allah sentiasa rindu mendengar tangisan dan rintihan hambaNya.Jika seorang ibu merindui anaknya,Allah jauh lebih rindu mendengar doa dan hajat hambaNya.Ingatlah,sesungguhnya ujian bukan suatu musibah tetapi sebenarnya ujian merupakan nikmat yang besar untuk menguji keimanan kita.Renung-renungkanlah....





No comments:

Post a Comment