Thursday 8 December 2011

Fantasi Cinta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...alhamdulillah,setinggi pujian dan kesyukuran ke hadrat Islam kerana masih diberikan nyawa dan nafas untuk meneruskan kehidupan hamba dan khalifah di bumi Allah...alhamdulillah...

Tajuk yang ana bawakan kali ini,Fantasi Cinta.Mungkin ada yang pernah dengar lagu Fantasi Cinta nyanyian Khafi sebelum ini.Lagu yang agak best bagi ana suatu ketika dahulu tetapi hari ini ana tidak ingin bincangkan mengenai lagu tersebut tetapi fantasi cinta remaja pada hari ini.

BERCINTA TANPA ARAH TUJUAN


Cuba kita lihat hari ini.Pasangan kekasih saling berjanji antara satu sama lain tetapi arah tuju cinta mereka itu tidak membawa mereka sampai ke satu ikatan yang sah.Mereka sering mengatakan cinta mereka sejati tetapi tidak pernah berfikir untuk bersama selamanya....Lihat contoh di bawah:



Perempuan:Betul you sayang I??
Lelaki:Of course my dear!! Lautan api pun I sanggup renangi demi cinta I...
Perempuan:Boleh bagi I istana dari kayangan??
Lelaki:Jangan kata kayangan,syurga pun I bagi
Perempuan:Nak kahwin dengan I??
Lelaki:Ko gila ek??

Dialog di atas ini merupakan realiti sebenar remaja pada hari ini.Majoriti remaja pada hari ini seronok bercouple tetapi tidak suka berkahwin kerana bagi mereka,bercouple itu lebih menarik,boleh bertukar-tukar pasangan bila-bila masa tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah mendekatkan diri ke lembah zina.

Mungkin ramai yang beranggapan,kita sebagai remaja terlalu muda untuk berbicara soal perkahwinan.Akan tetapi,adakah kalian merasakan bercinta dengan tanpa apa-apa ikatan itu lebih baik daripada perkahwinan??  Sahabat ana pernah berkata,kemanisan dalam maksiat itu hanya sementara kerana ia ibarat gula sintetik yang palsu,lama-kelamaan menjahanamkan anggota badan.Namun,kemanisan dalam ibadah itu terlalu indah kerana kemanisan tersebut datang daripada Allah s.w.t.


KONKLUSI

Rakan-rakan sekalian,ana tidak pernah menghalang rakan-rakan semua untuk bercinta tetapi cuba kalian fikirkan masa hadapan kalian bersama pasangan kalian.Jika niat untuk berkahwin,alhamdulillah tetapi jangan lupa untuk menjaga batas pergaulan.Jika tiada niat untuk berkahwin,perbetulkan kembali niat itu kerana itu sudah cukup untuk membuka ruang kepada syaitan untuk menggoda kita ke arah maksiat.Jangan jadikan cinta kamu itu sebagai fantasi yang palsu tetapi jadikan ia satu realiti melalui ikatan perkahwinan yang sah.Waallahua'lam...




No comments:

Post a Comment